entry ringkas kali ini hanya untuk dedicate one song special to my bestfriend. semoga dirimu tabah hadapi segala ujian hidup ini. ingatlah segala apa yg dilalui hanya sementara, pasti suatu hari pelangi akan muncul utk ceriakan hidup..

~ KEHIDUPAN ~
Kesenangan mendatang tak akan selamanya,
begitulah selepas susah ada kesenangan,
seperti selepas malam datangnya siang,
oleh itu waktu senang jangan lupa daratan..
- Allah hanya beri ujian sesuai dengan kemampuan kita...
Gunakan kesempatan untuk kebaikan,
sebelum segalanya terlepas dari gegaman,
kelak menyesal nanti tak berkesudahan,
apa gunanya sesalan hanya menekan jiwa..
- hidup ini hanya seketika, gunakan masa yg ada utk bahagiakan org-org yg paling kita sayangi selagi kita mampu
Jangan difikir derita akan berpanjangan,
kelak akan membawa putus asa pada tuhan,
ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
setelah kabus berlalu pasti cerah kembali..
- jadikan ujian yg datang ini sebagai cabaran utk kita lebih dekat denganNya. InsyaAllah
Ujian adalah tarbiah dari Allah,
apakah kita akan sama ataupun sebaliknya,
kesenangan yg datang selepas kesusahan,
semuanya adalah nikmat dari Tuhan..
- bersyukur lah dengan nikmat yg telah Allah beri dan ingatlah, bukan hanya kita sahaja yg lalui kehidupan yg sukar ini, masih ada insan lain yg kita tidak tahu yg lebih sukar kehidupannya berbanding dengan kita. jika mereka boleh kuat dan tabah laluinya, kenapa bukan kita?

