Showing posts with label personal. Show all posts
Showing posts with label personal. Show all posts
aisya humaira
at cameron valley - ladang teh

20 hb dan 21 hb jun 2009 - akhirnya tercapai juga plan saya with my sis - kaklang and kakju utk bercuti. actually dah lama sangat plan nak pergi holiday ramai2 satu famili, tapi asyik kena tangguh ja sbb kejap2 orang tu ada hal, kejap2 org ni pulak ada hal. Alhamdulillah...


dalam kereta otw ke main point of our journey - tanah rata

our first pit stop sebaik saja menjejakkan kaki di bumi Allah cameron highland-cameron valley. humm, agak sejuk juga lah. minum, minum jugak, gambar wajib ambil sebagai bukti pernah ke sini. tapi sebenarnya masa kecik2, kanak2 rebina dulu dah pernah pergi dah, tp dah tak berapa nak ingat lagi. hehe

now at bee farm - three of us

kak lang with her husband - abg tajul

for me, ni la tempat paling best sepanjang melawat kat sana. seronok sangat rasa tengok pemandangan kat ladang teh ni. sangat-sangat besar, luas. sejuk mata memandang. and the most unforgettable... perjalanan nak ke sini sangat-sangat adventure, dengan jalan yang mcm ular, kecil pulak tu. kiranya tangan mesti sentiasa kat hon la. kena asyik hon ja sbb nya takut accident bila bertembung kat selekoh tu. kadang2 kelakar gak, tambah-tambah time tu my bro-in-law yg drive, dia tu jenis yg kelakar plak tu. memang kami semua gelak memanjang la. at the same time, takut pun ada. takut-takut pn tetap best. hehe...

BOH tea farm - us

antara tempat-tempat yg sempat kami semua pi - cactus point, bee farm, BOH tea farm, cameron valley and dot dot dot..hehe, tak ingat la nama2 tempat tu semua.

harap-harap next time akan ada lagi trip2 ke tempat yang lain plak...hehe

aisya humaira

gaya 2 orang pakar chef roti canai. ketuanya ialah chef fairuz comot ( yang kanan tu ya, bukan yg kiri). ni nak promote chef fairuz. nanti siapa2 yg nak belajar masak roti canai, dialu-alukan ya berjumpa dengan chef fairuz kita. saya dah berjaya belajar dari dia. hasilnya...tengok gambar2 di bawah. hehe

roti canai siap dimasak dan sedia dimakan

aksi2 menebar doh utk buat roti canai oleh ketua chef kita. hebat tak????? kagum kagum




ni pulak hasil sebelum roti dibakar rangup. gambo2 di atas antara proses2 nya sebelum dibakar. waaaa, sedapnyaaaa...siapa nak?? best sedap, cnfirm tak tipu.. hehe

aisya humaira





"Ya Allah...Berikanlah Aku Kekuatan...Pada Mu Jua Aku Berserah..."
aisya humaira
alhamdulillah..syukur padaNya. akhirnya siap juga tesis ni. dalam menyiapkan tesis  ni, betul2 menguji..menguji kesabaran, ketekunan, kesungguhan saya. 


lepas habis viva last week, mulanya igt dapat la hilang stress fikir psl viva ni, tp datang pula satu lagi masalah, masalah dengan tesis. tesis saya dikomen oleh examiner dengan sangat banyak. masa tu hanya Allah yg tahu mcm mana stress nya saya rasa, dengan exam belum habis lg. cuba ckp kat diri..sabar, sabar, pasti ada hikmah utk semua yg berlaku. tapi still x menjadi. masih banyak mengeluh, persoalkan mcm2..napa dia komen banyak sgt, napa org lain punya juz buat sekali dua ja, tapi saya punya sampai 3,4 kali. nasib nasib. dalam hati ni mmg tak puas hati la, rasa geram. mcm2 la la ckp. dah la dengan exam tak habis lagi, nak fikir psl exam yg banyak lagi x baca, nak fikir psl tesis yg nak kena buat lain ni lagi. stress! nangis..


dan disebabkan tesis ni juga, saya terpaksa cancell nak pergi program MBM. niat nak pergi pun mmg ada. sedih pun ada. tp bila fikir2 balik, perlu diutamakan mana yg lebih utama, pentingkan mana yg lebih penting. jadi siapkan tesis!!

balik rumah, start la buat tesis ni. tp jauh di sudut hti, mmg buat dalam keadaan geram, marah, tak puah hati, niat tu mmg dah tak ikhlas lagi. hai, apa la nak jadi ngn saya ni, hummm.. masa buat tesis tu, sambil buat sambil msg sembang dengan sorg sahabat, citer la kat dia psl tesis ni. mcm2 la ngadu psl ketidakpuasan hati kat dia. dia pun dengar ja, layan ja bdk mcm saya ni. mcm2 hal. dah lama tu, baru dia tegur saya. mungkin sbb tgk saya mcm dah tak leh nak fikir lg kot, tak leh nak control lagi kot. 


" bkn xpsl2 kena buat, tp semua tu adalah ketentuan Allah, nak marah kat nasib, nak ngajuk, kalau mcm tu sama la zu marah kat Dia, walaupun pada mata kita takda manfaat pun buat balik tesis tu, tapi pada Allah mana la kita tau. Dia Maha Mengetahui, dan Dia takkan menganiaya hambaNya. "

" yang penting buat la kerja tu tanpa mengeluh, beza tau, nak tak nak kena siapkan gak. tapi apa guna siap dengan hati yang taknak buat, marah, dok mengeluh..niat tu penting, setiap pekerjaan tu adalah ibadat, baik kita siapkan kerja tu dengan niat utk beribadat, kurangkan mengeluh.. "

" setiap org selalu akan lupa bila terjadi pada diri sendiri, sbb itu la Dia bagi dugaan utk uji diri ni.. lain masa zu lak yg tolong peringatkan org. "

ha..apalagi terdiam la saya. hilang terus mood nak buat tesis tu, terstop la keja saya. ketawa dia kat saya, cmni pun boleh hilang mood. hehe. biasa la saya, mmg mcm ni pun. 

baca balik kata2 dia. baru tersedar, Ya Allah, berdosanya rasa. rasa takut sgt kat Allah. jadi di sini, apa yg penting yg dapat saya kongsi...siapa kita nak persoalkan mcm2 pada apa yg Dia beri, siapa kita nak complain smua yg Dia beri, tak kira la sma ada benda baik ke buruk ke, seronok ke tak seronok ke, suka ke benci ke. tak layak pun kita nak persoalkan semua ni kat Dia. Allah tahu apa yg Dia buat. cuma kita ni ja yg selalu tak fikir kenapa Dia beri semua ni pada kita, tak fikir di sebalik yg Dia bagi. 

teringat balik sahabat2 selalu berpesan..betulkan niat, betulkan niat..baru la tersedar yg saya ni banyak mengeluh. apa salah kalau buat keja tu tanpa banyak ckp. nak pahala kan. jadi kena la betulkan niat. kalau niat dah lari, keikhlasan dlm hati pun msti lari juga. jadi mcm mana nak dpt pahala kan. dan pekerjaan yg kita buat tu sia2 ja. pahala tak dapat, tapi penat yg dapat. jadi kat sini, saya cuma nak berkongsi sedikit pengalaman, dan sebagai peringatan kepada diri dan juga sahabat2. sama2 la kita berfikir. terima kasih juga buat sahabat yg menegur, memberi nasihat. alhamdulillah...



"Ya Allah...Berikanlah Aku Kekuatan...Pada Mu Jua Aku Berserah..."
:(
aisya humaira
tensyen..
penat..
tak larat..
letih..
lemah..
sakit kepala..
down..
nak nangis..


"Ya Allah...Berikanlah Aku Kekuatan...Pada Mu Jua Aku Berserah..."
aisya humaira

Entri yang ringkas kali ini sebagai penghargaan terima kasih buat sahabat saya yang memberi nasihat pada saya saat-saat saya dalam kebuntuan. Tiada kata lain lagi yg mampu saya ucapkan melainkan ucapan terima kasih. Walaupun hanya sedikit tapi sedikit sebanyak memberi kesan pada saya. Alhamdulillah.

Betul kata dia, kadang-kadang kita perlu juga luahkan permasalahan kita kepada seseorang, terpulang pada sesiapa pun, sama ada orang tu jauh dengan kita atau dekat dengan kita. Itu tidak menjadi masalah kerana zaman sekarang bukan lagi seperti dahulu, hanya tekan2 hanphone tu dah boleh sampai apa yg kita nak beritahu tu. Ada yang selesa dengan cara begitu, ada pula yang selesa dengan cara face-to-face.

Ada pula yang jenis simpan, pendam sorang-sorang. Mungkin sukar baginya untuk meluahkan apa yg dalam hati dan fikirannya. Tapi yang pastinya, mesti ada sebab kenapa seseorang itu bertindak sebegitu. Ada pula jenis yang mudah utk luahkan sesuatu hal itu, mungkin baginya, fuh, lega lepas luahkan semuanya walaupun masalah still tak dapat diselesaikan. Macam2 ragam, macam2 jenis manusia ni kan. Saya pula jenis yg sukar yg ceritakan masalah pada orang. Tu yang kadang2 jadi tak berapa nak betul, tertekan, nangis. Padan muka sendiri. Hehe. Tapi apa2 pun buatlah sesuatu yang kita rasa terbaik utk kita,yang selesa dengan kita.

Hmmm…berbalik kepada permulaan tadi. Malam tu saya cuba nak cari seorang sahabat, hantar message kat ym dia, tapi tak ada jawapan, hantar lagi, tak ada jugak. Ala, mana dia, selalunya mesti ada ja. Kecewa, sedih. Macam2 saya tulis dalam offline msg tu, kot2 dia invisible, tetap tak dibalas. Esoknya lepas mlm hantar offline msg tu, terfikir, nnti mesti dia risau sgt bila ttba dapat msg cmtu dari saya. Betul tekaan saya, memang dia risau, terus dia balas ym saya. hehe. Buat sahabat yg saya ym tu, cik fairuz comot, hehe, jgn rasa bersalah tau. Orang ok ja, boleh gelak2 lagi, main2 lagi, hepi2 lagi.

Ahh, tension, semua sahabat2 tak ada masa tu, ada yang balik rumah la, ada yg exam la, jadi tak sampai hati nak ganggu mereka semua. Cakap kat diri sendiri, sabar..sabar..Allah masih ada. At last terfikir seorang sahabat, tapi dia tak ada kat sini, dia study kat tempat lain. Jadi msg dia. Dah agak lewat time tu, mesti dah tidur. Ntahla, saya masa tu tak mengharapkan dia reply pun, cuma saya nak luahkan je, jadi tak kisah la dia balas or tak. Lega rasa dah luahkan, tapi still nangis. Dah gila rasanya saya ni. Hehe. Esoknya baru dia reply msg saya, saya ceritakan apa yg patut tapi tak semua, sebab saya ni kan jenis yg sukar yg meluahkan sesuatu, cukup lah sekadar dia faham situasi dan keadaan sebenar. Dia nasihatkan saya, walaupun tak banyak tapi cukup untuk buat saya lebih tenang. Mungkin sebab saya dah luahkan kot. Sekarang sedikit sebanyak, saya lebih tenang, masih ada lagi kawan2, sahabat2 yang masih bersama saya saat suka dan duka. Alhamdulillah, syukur padaNya.

Ni antara kata2nya pada saya..

“Kadang2 ada benda yg nak kena cerita dan kena kongsi (sbb ada kawan yg buat mcm tu life dia jadi teruk sgt). Walaupun kita kongsi dengan seseorang tu tak dapat selesaikan masalah, tapi sekurang-kurangnya kurang beban.”


“Jangan fikir sangat. Ingat Allah tak akan bagi dugaan lebih dari kemampuan hambaNya.”


“Yakin lah, setiap kesabaran ada balasan di sisi Allah. Setiap yang berlaku ada hikmah, berprasangka baik dengan apa yg terjadi.”


Teringat seorang sahabat ada memberi artikel berkaitan dengan “kenapa aku diuji?” saya baca balik keseluruhan artikel tu, jumpa la ayat al-Quran dalam surah Al-Baqarah ayat 286 yang bermaksud :


“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” Dan ada beberapa lagi ayat yang lain."


Surah Ali-Imran : 139

Surah Ali-Imran : 200

Surah Yusuf : 12


Dalam al-quran telah lama terjawab semua perkara2 semasa kita diuji. Kenapa aku diuji? Kenapa aku tak dapat apa yg aku idamkan? Kenapa ujian seberat ini? Apa yg harus aku lakukan? Bagaimana harus aku menghadapinya? Apa yg aku dapat dari semua ini? Kepada siapa aku berharap? Bagaimana jika aku tidak mampu bertahan lagi? Alhamdulillah. Terima kasih cikmot lillah sebab bagi artikel ni. tgk, org dah lama tampal tau. hehe

 


"Ya Allah...Berikanlah Aku Kekuatan...Pada Mu Jua Aku Berserah..."
aisya humaira
Kemarin hanya tinggal kenangan
Bersama peristiwa semalam
Adakah hari ini yang ku tempuh
Kan bersinar untuk hari esok

Benarlah apa yang telah dikata
Penantian itu satu penyiksaan
Kepastian membunuh kerisauan
Ketabahan mendamai keresahan

Dalam dada ada bara cinta yang menyala
Dalam cinta ada kita berdua
Tiada siapa bisa mengungkai rindu di jiwa
Dengan iman dapat kita membendungnya

Hanya kudrat Tuhan
Yang bisa menyatukan
Dan bisa meleraikan
Cinta sesama insan

Rahmat kasih sayang
Yang amat diharapkan
Untuk kita abadikan
Kasih di alam cinta bahagia

"Ya Allah...Berikanlah Aku Kekuatan...Pada Mu Jua Aku Berserah..."
aisya humaira
Suatu kisah mengenai ketaatan seorang isteri kepada suaminya.

Pada suatu hari apabila suaminya keluar dari rumah, dia berpesan kepada isterinya supaya tidak keluar meninggalkan rumah mereka. Pada ketika itu, si isteri menerima pesanan dari seorang utusan, bahawa ayahnya sedang sakit tenat. Apabila mengingatkan pesanan suaminya supaya tidak keluar rumah, dia mendapatkan nasihat daripada Rasulullah S.A.W.

Baginda bersabda, "Taati perintah suamimu."

Ditakdirkan Allah S.A.W, ayah perempuan tadi meninggal dunia. Disebabkan pesanan daripada suaminya, dia tidak keluar dari rumahnya. Sekali lagi dia mendapatkan nasihat daripada baginda Rasulullah. 

Baginda bersabda, "Taati suamimu."

Disebabkan ketaatan kepada perintah suaminya, Rasulullah S.A.W. mengkhabarkan kepadanya, segala dosa ayahnya diampunkan oleh Allah S.W.T kerana dia isteri yang taat kepada suaminya.

insyaAllah semoga kita semua dapat menjadi seorang isteri yang solehah suatu hari nanti. ambil kisah dari orang lain sebagai pengajaran untuk kita. saya juga banyak belajar dari pengalaman sahabat2 saya dalam kebanyakan hal utk saya terus berubah. semoga Allah permudahkan utk saya..
aisya humaira

Definisi cemburu menurut kamus adalah ketakutan berpindahnya rasa kasih sayang terhadap orang lain, atau ketidakpercayaan akan kesetiaan orang yang dicintai, seperti suami, isteri atau kekasih. Kecemburuan juga boleh wujud dalam persahabatan atau antara adik-beradik seperti kakak dengan adik kandungnya.


Cemburu dapat dikesan apabila seseorang itu mempunyai perasaan terhadap orang yang dicemburuinya. Oleh itu seringkali kita mendengar orang berkata ‘cemburu tandanya sayang’ yang seolah-olah menggambarkan bahawa cemburu adalah satu standard untuk menilai kasih sayang sesuatu pasangan.

Mungkin ini ada benarnya kerana jika kita tidak sayang pada seseorang mengapa mesti kita merasa cemburu terhadapnya. Sesungguhnya sifat cemburu adalah naluri manusia yang amat sukar untuk dibendung. Lantaran ia adalah disebabkan oleh sikap ‘possesive’ seseorang terhadap pasangannya. Di mana dalam dirinya ada satu pengakuan jelas (tetapi tidak secara langsung) bahawa pasangannya itu hanya untuk dirinya sahaja dan tidak boleh sama sekali diambil atau dikongsi dengan orang lain. Namun begitu sifat terlampau cemburu yang mencapai tahap ‘cemburu buta’ amat tidak digalakkan kerana ia boleh menggugat hubungan sesebuah rumahtangga begitu juga ketiadaan langsung sifat cemburu pula sebenarnya boleh membawa akibat buruk kerana ia boleh menjadi punca pasangan ‘mudah dikebas orang’. Dengan itu terdapat dua jenis cemburu iaitu cemburu yang positif dan cemburu yang negatif.

Bila berbicara tentang cemburu juga, ramai menuding jari mengaitkannya dengan kaum hawa di mana mereka beranggapan bahawa kaum wanita ini sangat kuat cemburunya. Dalam soal ini, sebenarnya sama ada lelaki mahupun wanita masing-masing mempunyai sifat cemburu. Cuma yang membezakannya ialah tahap cemburu tersebut dan sejauh manakah perasaan cemburu itu berjaya dikawal.

Dalam hubungan suami isteri, sifat cemburu wajib dikawal. Jika tidak klimaksnya nanti boleh membawa kepada putusnya sesuatu ikatan perkahwinan itu (bercerai). Dalam hal ini rasa cemburu acapkali membuatkan seseorang berubah menjadi orang yang selalu curiga dan sentiasa berprasangka buruk.

Hakikatnya dia sedar bahawa sikap cemburunya itu kurang menyenangkan pasangannya tetapi dia tidak mampu mengawalnya. Dia merasakan bahawa apa yang dilakukan semuanya betul dan sentiasa ingin tahu apa yang dilakukan oleh pasangannya hatta perkara yang kecil sekalipun sehingga mencetuskan pertengkaran demi pertengkaran yang menggugat kemesraan yang terjalin sebelumnya. Oleh itu untuk menyelamatkan keadaan, seseorang itu apabila dapat melihat tanda-tanda awal cemburu pada pasangannya, hendaklah bertindak segera agar tidak merebak. Ikutilah tips berikut tentang bagaimana untuk mengawal keadaan sekiranya mendapat pasangan yang kuat cemburu.

1. Jika pasangan kita mula menunjukkan rasa cemburu, jangan terbawa-bawa dengan sifatnya itu. Mungkin kita tidak perlu menjawab setiap soalan yang diajukan. Sebaliknya lebih baik berdiam diri sahaja daripada terus menyemarakkan kemarahannya.

2. Anggaplah bahawa dia sebenarnya tidak berniat untuk melukai hati kita. Mungkin ini tidak disedarinya dan jangan ambil hati.

3. Cuba sedaya upaya untuk membina keyakinan diri padanya. Pujilah pasangan atau mintalah nasihatnya bila perlu dan sentiasa luahkan perasaan cinta yang membuktikan bahawa kita menyayanginya. Malah sebaiknya berikanlah dia sokongan yang berterusan agar dia merasa sentiasa disayangi dan dihargai.

4. Jangan membabitkan diri dalam situasi yang boleh membuahkan perasaan cemburu bagi pasangan seperti suka berfoya-foya, berbual-bual mesra atau bergurau senda dengan orang lain.

5. Berbincanglah dengan pasangan tentang perasaannya. Jika kita telah berusaha sedaya upaya tetapi pasangan tetap tidak boleh mengawal rasa cemburunya, kaunseling mungkin jalan terakhir untuk menyelamatkan keadaan.

Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri’. Begitulah antara bait-bait lagu yang menceritakan asam garam kehidupan dalam rumahtangga. Cinta dan cemburu adalah seperti isi dengan kuku bagi mana-mana pasangan suami isteri.

Yang penting adalah kesederhanaan. Maksudnya seseorang itu harus mempunyai rasa cemburu terhadap pasangan tetapi mestilah berpada. Jangan sampai pasangan merasa terkongkong dan dikongkong. Sebaliknya jadikanlah rasa cemburu itu sebagai alat untuk dapat memperbaiki sikap atau mengkoreksi diri sendiri terhadap sikap yang selama ini diamalkan. Contohnya, bagi seorang isteri mahupun suami, adakah penampilan atau layanan yang selama ini diberikan memuaskan atau tidak. Adakah berlaku sesuatu kekurangan dalam diri yang sebenarnya mampu kita mengadakannya tetapi tidak kita adakan. Dengan sikap ini, kita akan sentiasa memperbaiki kualiti diri dan sentiasa memberikan layanan yang terbaik untuk pasangan supaya ia tidak terpikat kepada yang lain.

Akhirnya, tidak perlu lagi terjadi perbalahan atau pertengkaran yang hebat antara suami isteri gara-gara sifat cemburu kerana tentu sekali tidak ada pasangan yang rela diperbodohkan atau diambil kesempatan akibat ketiadaan sifat cemburu dalam hatinya yang membuatkan dia tidak peka dengan kehendak sebenar pasangannya. Dengan itu ‘cinta dan cemburu hendaklah diambil ‘sesedap rasa’ sebagai perencah kebahagiaan rumahtangga. Cinta biarlah ikhlas dan cemburu biarlah bertempat. Kata orang, ‘tanpa cemburu rasa cinta terasa hampa’. Ingatlah, sesungguhnya ‘ALLAH SWT Maha Cemburu’. Maksudnya? Ya, bukanlah Allah SWT sangat mencintai kita selaku hamba-hamba-Nya. Cuma kita yang tidak menyedarinya lantaran HATI kita yang telah ‘TERTAWAN DENGAN ‘CINTA YANG LAIN’!


diambil dari : Qurratu A’Yun, Majalah Sinar Rohani, Feb 2005

aisya humaira
antara lagu nasyid favourite saya.aisya humaira - peribadi nya yang disanjungi, pengorbanan nya, perjuangan nya - perjuangan dlm Islam, pengorbanan nya sbg seorang  isteri yg solehah..terlalu mulia insan bergelar aisya humaira..

kenapa "aisya humaira"??
~ sebagai motivasi utk diri saya berubah ke arah menjadi seorang insan, seorang wanita sepertinya. walaupun terlalu dan teramat jauh bandingan nya tp...insyaAllah akan cuba ke arah itu..


Wajah berseri pipi kemerahan
Engkau digelar Aisya Humaira
Namun bukan ingin ku bicarakan
Hingga dirimu jadi sanjungan
Tetapi merahnya darah perjuangan 
Peniup semangat suami


Khabar al-ifqi satu titik pemula
Telah mencalar kebahagiaan
Fitnah munafiqun tak kenal sesiapa
Insan yang mulia atau sahaya
Hatta dirimu ummahatul mukminin 
Yang setanding al-muqatsirin

Usah ditanyakan mengapa
Lewatnya turunnya wahyu itu
Bagi membuktikan kepalsuan 
Tuduhan seorang pendusta

Tetapi lihatlah hikmahnya 
Di sebalik tiap kejadian yang telah berlaku
Tuhan tidak akan pernah 
Mempersia-sia ketabahan seorang insan
Dalam mengharungi arus kehidupan 
Yang penuh mehnah ujian

Takkan terhidu harum mewanggi
Jika tak dinyalakan setanggi
Takkan terasa manisnya hidup
Andai tak dilambung gelora

Kau isteri sejati yang memangku nabi
Saat hujung nyawa kan pergi
Sungguh beruntungnya dikau 
Punyai suami yang amat mengasihi umatnya
Dia insan yang mulia
Kau semadikannya di ruang kamarmu

aisya humaira
doa ini sekadar bermuhasabah diri sendiri. juga buat semua sahabat2 saya yang saya sayang. actually saya dapat doa ni dari satu website ni, tp dah tak ingat lagi, coz dah lama dah disimpan.hehe. semoga kita sentiasa di dalam perlindunganNya di dunia dan juga akhirat kelak..

ya Allah..seandainya telah engkau catatkan..dia milikku tercipta buatku..satukanlah hatinya dengan hatiku..titipkanlah kebahagiaan antara kami..agar kemesraan itu abadi..dan ya Allah ya Tuhan yang maha mengasihani..seiringlah kami melayari hidup ini..ke tepian yang sejahtera dan abadi...

tetapi ya Allah..seandainya telah engkau takdirkan..dia bukan milikku..bawalah ia jauh dari pandanganku..luputkanlah ia dari ingatanku..dan peliharalah aku dari kekecewaan...

serta ya Allah ya Tuhanku yang maha mengerti..berikanlah aku kekuatan..melontar bayangannya jauh ke dada langit..hilang bersama senja nan merah..agar aku bahagia..walaupun tanpa bersama dengannya...

dan ya Allah yang tercinta..gantilah yang telah hilang..tumbuhkanlah kembali yang telah patah..walaupun tidak sama dengan dirinya...

ya Allah ya tuhanku..pasrahkanlah aku dengan takdirmu..sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan..adalah 
yang terbaik buatku..kerana Engkau maha mengetahui..segala yang terbaik buat hambaMu ini...

ya Allah..cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku..di dunia dan akhirat..dengarlah rintihan dari hambaMu yang daif ini..jangan engkau biarkan aku sendirian..di dunia ini mahupun akhirat..menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran..maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman..supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup..ke arah jalan yang engkau redhai..dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh...

Amin..Ya Rabbal A'lamin

"Ya Allah...Berikanlah Aku Kekuatan...Pada Mu Jua Aku Berserah..."