aisya humaira

akhbar kelmarin, 30032009 terdapat artikel berkaitan dengan kes buli yang bertajuk, "pembuli ada masalah emosi". jadi di sini, saya ambil kesempatan untuk simpulkan sedikit tentang isu buli yang semakin menuju ke tahap kritikal yang jika tidak dibendung pasti akan menuju kehancuran moral remaja terutamanya. 

Sejak kebelakangan ini, kes buli sering kita perhatikan di akhbar-akhbar mahupun di kaca televisyen. Boleh dikatakan setiap minggu pasti akan kita dengar. Jadi bolehlah saya katakan di sini bahawa kes buli ini sudah menjadi masalah serius di negara kita. Dan boleh juga saya katakan kes ini kebanyakan melibatkan golongan remaja melayu. Jarang-jarang sekali kita dengar bangsa lain yang terlibat. Mengapa perkara sebegini boleh terjadi sedangkan sejak dari kecil lagi kita dididik dengan penuh tatasusila, kesopanan dan penuh adab? Apakah penyebab atau faktor yang mendorong remaja ini menjadi pembuli? Bagaimana jika yang menjadi mangsa buli itu adalah adik-adik kita sendiri atau yang membuli itu sendiri adalah adik kita sendiri? Pernahkah anda semua, sahabat-sahabat semua terfikir akan masalah ini?

Dalam pembentangan mini bajet untuk 2010 baru-baru ini, RM 1.95 billion telah kerajaan peruntukkan untuk member yang terbaik kepada generasi muda termasuklah sudut pendidikan terutamanya di samping melahirkan melahirkan generasi Ulul Albab – berpegang teguh kepada ajaran Islam dan berilmu pengetahuan. Namun, apa yang telah terjadi sekarang adalah sebaliknya, pelbagai masalah timbul yang melibatkan golongan generasi masa depan negara kita, antaranya kes buli ini. Tidakkah sedih mendengar berita seperti ini? Apakah yang akan terjadi kepada masa depan negara jika masalah seperti ini masih tidak dapat diselesaikan sedangkan merekalah yang akan mewarisi keamanan negara suatu masa nanti? Bukan hanya negara sahaja, tetapi juga keharmonian keluarga juga turut terjejas. Kelihatan seperti masalah kecil tapi akibat jangka masa panjang, amatlah besar. Sama-samalah kita renungkan.

Seperti yang kita sedia maklum, Islam amatlah menitikberatkan keharmonian hidup dalam bermasyarakat dan melarang sama sekali perbuatan keji seperti buli selain memerintahkan umatnya berbaik sesame manusia tidak kita walaupun berlainan bangsa dan agama.

Firman Allah, “dan bertakwalah kepada Allah dgn (mempergunakan) namaNya, kamu saling meminta antara satu sama lain, dan peliharalah hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.” 

[An-Nisa’:1]

Sekarang kita lihat pula dari sudut faktor utama yang menyebabkan terjadinya masalah buli ini. Pertamanya kerana mereka berasa puas apabila menyakiti mangsa secara fizikal dan juga lisan. Dan hal ini akan mendorong mereka berterusan melakukannya. Keduanya dapat dilihat dari sudut latar belakang keluarga yang bermasalah. Seterusnya pengaruh rakan dan media serta nilai peribadi yang rendah. Perkembangan emosi dan psikologi amat berkait rapat dengan tumbesaran mereka. Jadi kesimpulan yang dapat kita katakana ialah pembuli sebenarnya menghadapi masalah emosi kerana mereka memperoleh kepuasan dengan melihat penderitaan orang lain. Dapat juga kita simpulkan bahawa kesihatan emosi ini banyak bergantung kepada kesihatan hati keranan hati yang sihat membantu melahirkan emosi manusia yang tenang.

Firman Allah, “dalam hati mereka terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).” [Al-Baqarah:10]


Sekali lagi dapat kita simpulkan, andai berlau konflik dalaman yang melibatkan hati, dapatlah diselesaikan dengan kembali kepada ajaran agama kita, seperti zikir. Zikir seperti yang kita semua sedia maklum dapat menghalang diri kita daripada melakukan perkara buruk – amar makruf nahi mungkar, di samping dapat menghilang sifat riak dan takbur dalam diri. Menurut kajian, amalan berzikir akan menjadikan bebrapa kawasan otak kita bertambah aktif jika berterusan mengulangi kalimat-kalimat Allah ini. Otak yang segar ini seterusnya akan mempengaruhi hati untuk terus melakukan kebaikan.

Oleh yang demikian, untuk melahirkan generasi Ulul Albab, kita sebagai ahli masyarakat haruslah kembali kepada masyarakat dengan mempersoalkan diri kita akan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada kita dalam memelihara dan menjamin keharmonian  masyarakat segenap lapisan, remaja terutamanya. Janganlah hanya mementingkan diri tanpa menghiraukan masalah sekeliling kita yang sudah semakin tenat. Sanggupkah kita melihat anak-anak kita, adik-adik kita, saudara-saudara seagama atau pun bukan seagama dengan kita menuju kehancuran moral. Sama-samalah kita berfikir dan bertindak.

sebarang pandangan berkaitan dengan isu ini atau penulisan saya, harap dapat beri teguran atau komen atau apa-apa saja.

“dari masyarakat kepada masyarakat”


"Ya Allah...Berikanlah Aku Kekuatan...Pada Mu Jua Aku Berserah..."
aisya humaira
doa ini sekadar bermuhasabah diri sendiri. juga buat semua sahabat2 saya yang saya sayang. actually saya dapat doa ni dari satu website ni, tp dah tak ingat lagi, coz dah lama dah disimpan.hehe. semoga kita sentiasa di dalam perlindunganNya di dunia dan juga akhirat kelak..

ya Allah..seandainya telah engkau catatkan..dia milikku tercipta buatku..satukanlah hatinya dengan hatiku..titipkanlah kebahagiaan antara kami..agar kemesraan itu abadi..dan ya Allah ya Tuhan yang maha mengasihani..seiringlah kami melayari hidup ini..ke tepian yang sejahtera dan abadi...

tetapi ya Allah..seandainya telah engkau takdirkan..dia bukan milikku..bawalah ia jauh dari pandanganku..luputkanlah ia dari ingatanku..dan peliharalah aku dari kekecewaan...

serta ya Allah ya Tuhanku yang maha mengerti..berikanlah aku kekuatan..melontar bayangannya jauh ke dada langit..hilang bersama senja nan merah..agar aku bahagia..walaupun tanpa bersama dengannya...

dan ya Allah yang tercinta..gantilah yang telah hilang..tumbuhkanlah kembali yang telah patah..walaupun tidak sama dengan dirinya...

ya Allah ya tuhanku..pasrahkanlah aku dengan takdirmu..sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan..adalah 
yang terbaik buatku..kerana Engkau maha mengetahui..segala yang terbaik buat hambaMu ini...

ya Allah..cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku..di dunia dan akhirat..dengarlah rintihan dari hambaMu yang daif ini..jangan engkau biarkan aku sendirian..di dunia ini mahupun akhirat..menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran..maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman..supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup..ke arah jalan yang engkau redhai..dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh...

Amin..Ya Rabbal A'lamin

"Ya Allah...Berikanlah Aku Kekuatan...Pada Mu Jua Aku Berserah..."
aisya humaira

Kelmarin, 28032009, PPMUSM telah meganjurkan sebuah talk sempena maulud Nabi. Talk kali ni disampaikan oleh Bro Shah Kirit Kakular Govindji 
dan tajuknya tentang Dakwah Dlm Konteks Masyarakat Majmuk.

 

Di sini, saya nak ceritakan sedikit sepanjang program kelmarin…

 

Didahului dgn…

Mlm sebelumnya saya dah jnji nak pergi skali ngn cik lillah aka cikmot untuk program ptg tu, tp at last saya minta dia pergi dulu. Sbbnya saya ada masalah skit.huhu. then, masa naik bas,ttba nmpak kelibat seseorang yg sangat dikenali.cikmot la tu.hehe.rupa2nya dia lum smpai sana lg. agak risau sbb takut tak ada peserta yang dtg, tp bila sampai ja kat sana, Alhamdulillah, ada juga peserta yg dtg. Dan kesemuanya lebih kurang 40 org, termasuk ahli PPM dan juga PMC (penang medical centre).

 

Seterusnya…


Lebih kurang pukul 3 pm, Bro Shah sampai. Rahimie aka paklang selaku pengerusi kali ni. Malam tu, lillah mntk tlg paklang ganti dia jdi pengerusi. Nasib baik dia nak jadi pengerusi, kalau tak, terpaksalah cikmot yg jdi pengerusi.hehe

 

Bermulanya…

Bermulanya talk petang tu oleh Bro Shah. Tajuk yg beliau smpaikan ialah “Dakwah Dlm Konteks Masyarakat Majmuk”. Di sini, saya masukkan sedikit point2 yang smpat saya salin.huhu..

 

Dakwah dari segi bahasa ialah jemput atau panggil,dari segi istilah pula, suatu perjuangan dalam menyebarkan message.

 

Perkataan islah atau dakwah, tetap sma cuma ada sedikit perbezaannya. Islah lebih sesuai dalam kelompok muslim kesemuanya tetapi dakwah pula lebih sesuai bagi dakwah kepada kelompok non-muslim. Tapi maksud sebenar kedua-duanya tetap sama.

 

Terdapat beberapa persoalan yg ditanya, antaranya…

Pertama, berkaitan dengan perbezaan bahasa yang perlu digunakan utk berdakwah kepada non-muslim. Pada zaman Rasulullah, Baginda bukan hanya berdakwah kepada orang Arab sahaja, malah kepada golongan bukan Arab juga. Contoh yang diberi ialah Bilal b Rabah. Kedua, bagaimana nak berdakwah sbb saya tak pandai. Nanti bila pandai baru lah berdakwah. Jawapan yg diberi Bro Shah ialah..kalau nak tunggu pandai, sampai mati pun tak. Terdapat hadis yg menyatakan, “sampaikanlah walaupun hanya satu ayat sahaja”. Kemudian ditanya lagi, nanti kalau mereka (non-muslim) tanya soalan, taktau nak jawab. Kemudian Bro Shah memberikan pandangannya, jwapan yang boleh dijawab jika berada dlm situasi sebegini..tiada seorang pun yang tahu menjawab semua soalan. Cakap lah, soalan awak cukup bagus, tapi saya x tahu jawapannya. Nnti bila saya dah dapat jawapannya saya akan kembali pada awak. Then, kita balik lah mencari jawapan kepada soalan tadi tu. Jika ditanya lagi 

dan kali ni pun xtau nak jawab. 

Cakap kat dia sekali lagi..soalan awak kali ini pn sangat bagus sampai saya pun tdak tahu jawapannya. Nanti saya akan mencari jawapan tu dan akan kembalik pada awak. Sekali lagi, baliklah mencari jawapan kepada soalan tadi. Masa Bro Shah ceritakan semua ni, semua peserta yang hadir ketawa, cikmot ketawa, fairuz, asma, semua la.hehe. kemudian, Bro Shah tambah lagi, kemungkinan orang yang bertanya tadi tu akan terbuka hatinya untuk masuk Islam disebabkan kejujuran kita dalam menjawab soalan tadi walaupun kita tak tahu. “bukan kepandaian kita dalam berkata-kata yang membuatkan orang tertarik dgn Islam…” Dapat pengajarannya kan. Tak susah pun nak bercakap jujur. Cuba bayangkan kalau kita main goreng atau tipu masa jawab tadi, tak ke nanti kita sendiri yang bermasalah, tak yah pening-pening nak jawab kalau kita mmg tak tahu jawapannya, kan senang bgtahu ja yg kita tak 

tahu. Tapi jgn la sbb tak tahu, malas pula nk mencari jawapan, kena la rajin sikit, buka buku ke, tanya kawan-kawan yang lebih arif ke, ustaz ustzah pun ada, tak pun masa tgh online tu, cari la masa sekejap utk cari jawapan kepada persoalan2 ni. Zaman sekarang kan canggih, jd gunakan teknologi sebaiknya. Tapi kna igt, kalau nk cari dlm internet, kna pastikan sumber yg diperoleh 

tu dulu, tkut maklumat yg kita dapat tu salah..

 

Bersambung lagi…

Next, Bro Shah cerita pula tentang beberapa cara berdakwah. Dakwah dgn akhlak, dakwah dgn lisan, dakwah dgn kitab, dakwah dgn hikmah. Ni antara yg smpat saya 

salin, ada lagi sbnarnya tp tak sempat.hehe. kenal Shaikh Ahmad Deedat? Beliau ni dikatakan pengasas kepada “comparative religion”, tp dalam dunia moden sekarang la. Actually Nabi Muhammad saw dah lama dah memperkenalkan dialog antara Islam-Kristian ni.

 

Next…

Kita cerita sikit tentang bible dan al-quran. Mostly Christians believe in holy trinity (father, son and the holy ghost). Tapi kebanyakan paderi2 sendiri tidak mempercayai konsep trinity ni, tapi mereka percaya Nabi Isa itu adalah ketiga-tiganya. Mereka memaksa diri memahami hal itu walaupun sebenarnya mereka tidak memahaminya dengan sepenuhnya. actually dalam bible, tidak terdapat konsep trinity ni tapi dalam al-quran ada disebut dalam surah An-Nisaa’ : ayat 171.

“ ….sesungguhnya Al-Masih, Isa putera Maryam itu adalah utusan Allah yang disampaikanNya kepada Maryam, dan dgn tiupan roh dariNya. Maka 

berimanlah kamu kepada Allah dan rasul-rasulNya dan jgn lah kamu menyatakan: (Tuhan itu) tiga, berhentilah dari ucapan itu….” [4:171]

Dalam bible juga terdapat hal2 yg misteri seperti konsep trinity td, tp dalam al-quran langsung tidak terdapat apa2 yang misteri, semuanya jelas. Saya sbnarnya tidak begitu tahu sangat soal2 ni, jadi kalau sahabat2 menegtahuinya, mohon beri tambahan ye..

 

Kemudian…

Dibincangkan pula berkaitan soalan-soalan yang diajukan oleh non-muslim kepada muslim. Di sini ada antara soalan-soalan mereka. Pertamanya, boleh ke Tuhan Islam buat satu batu yang cukup besar dan berat sehinggakan Tuhan sendiri tak boleh angkat? Kedua, dalam Islam tak boleh makan babi, jadi kenapa Tuhan cipta babi? Ketiga, adakah Tuhan Islam ni adil? Dan kalau adil, kenapa ada yang dilahirkan dalam keadaan Islam ada pula yang dilahirkan dalam keadaan bukan Islam? Yang keempat pula, kenapa Islam sembah batu besar (kaabah)?seterusnya kelima, bukan kah Islam itu kejam bila sembelih binatang?tak kasihan kah Islam pada binatang tu? Dan yang terakhir, berkaitan dgn bab poligami. Kenapa Islam benarkan lelaki kahwin 4, dan wanita hanya 1? Dalm bab ni paling 

panjang dibincangkan. Ini antara persoalan-persoalan yg pernah diajukan oleh non-muslim kepada muslim. Tapi kat sini, saya tak catat kan kot tentang kesemua jawapan kepada persoalan-persoalan ni. Panjang sgt. Mungkin kalau ada yang nak tahu, boleh lah bertanya..

 

Terakhirnya…

Setelah habis dibincangkan kesemua persoalan-persoalan tadi, maka berakhirlah talk petang tu. Semua peserta boleh bersurai, tetapi sebelum itu, diadakan sedikit jamuan petang. Waa…sedapnya dapat makan kuih.suka2.tambah2 cikmot, dia pun suka gak.hehe.

 

Kembali pulang…

Setelah selesai solat asar, beberapa org kemas smua barang2, yang ada masa tu, cikmot lillah, ayuni, qayyum, saiful dan saya sendiri. Yang lain2 semuanya dah balik berehat, ada pula yang sempat pergi pasar malam (kak na ngn kak wa).hehe. yang terakhir tinggal kami berempat, hujan lebat pulak masa tu, payung lak ada 1 ja (payung hijau yg comel mcm tuannya.hehe) jadi terpaksa berkongsi payung yg satu tu, bagi pada cikmot sbb dia x sihat, dan qayyum sbb dia bwk laptop (tp dua2 degil xmo guna payung,ish3 xsedar2 yang kamu tu x sihat.hehe). 2 org lagi, main hujan sepanjang perjalanan sebab bas dah xda masa tu. Best….sepanjang perjalanan tu, mcm2 yang kami sembang, borak. Yela, bkn senang nak jumpa dgn adik2 tu. Kalau dgn cikmot ni xpe, tiap2 hari boleh jumpa, sampai dah jemu tgk muka.hehe. kemudia kami berpisah kat padang palapes tu sbb ayuni nak pegi print, and qayyum temankan dia. Jadi saya dan lillah jln berdua-duaan sja la..

Actually saya agak tak stabil hari tu, tak sangka lillah perasan pulak. Nangis saya bila dah sampai bilik, sbb teringat kata2 lillah masa tu. Terasa bersalah.. berjalan lah kami dan akhirnya sampai bilik. Alhamdulillah..

 

Akhir kata

Alhamdulillah, bersyukur sangat diberi kesempatan utk sertai talk ni. Banyak yang saya dapat, yang saya belajar. Ini lah yang saya cari, peluang-peluang untuk menambah-baikkan diri. Syukur padaNya…

Kepada sahabat-sahabat, jika ada tersalah dalam artikel yang saya tulis ni,mohon sahabat perbetulkan, dan jika perlu, tambahlah apa yang patut ditambah..

 

 


"Allah yang Maha Pengasih pasti memberikan kemudahan"
aisya humaira