doa ini sekadar bermuhasabah diri sendiri. juga buat semua sahabat2 saya yang saya sayang. actually saya dapat doa ni dari satu website ni, tp dah tak ingat lagi, coz dah lama dah disimpan.hehe. semoga kita sentiasa di dalam perlindunganNya di dunia dan juga akhirat kelak..

ya Allah..seandainya telah engkau catatkan..dia milikku tercipta buatku..satukanlah hatinya dengan hatiku..titipkanlah kebahagiaan antara kami..agar kemesraan itu abadi..dan ya Allah ya Tuhan yang maha mengasihani..seiringlah kami melayari hidup ini..ke tepian yang sejahtera dan abadi...
tetapi ya Allah..seandainya telah engkau takdirkan..dia bukan milikku..bawalah ia jauh dari pandanganku..luputkanlah ia dari ingatanku..dan peliharalah aku dari kekecewaan...
serta ya Allah ya Tuhanku yang maha mengerti..berikanlah aku kekuatan..melontar bayangannya jauh ke dada langit..hilang bersama senja nan merah..agar aku bahagia..walaupun tanpa bersama dengannya...
dan ya Allah yang tercinta..gantilah yang telah hilang..tumbuhkanlah kembali yang telah patah..walaupun tidak sama dengan dirinya...

ya Allah ya tuhanku..pasrahkanlah aku dengan takdirmu..sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan..adalah
yang terbaik buatku..kerana Engkau maha mengetahui..segala yang terbaik buat hambaMu ini...
ya Allah..cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku..di dunia dan akhirat..dengarlah rintihan dari hambaMu yang daif ini..jangan engkau biarkan aku sendirian..di dunia ini mahupun akhirat..menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran..maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman..supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup..ke arah jalan yang engkau redhai..dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh...
Amin..Ya Rabbal A'lamin

"Ya Allah...Berikanlah Aku Kekuatan...Pada Mu Jua Aku Berserah..."


amin.amin..amin Ya Rabbal alamin..
semoga kita semua diberi kekuatan dlm menempuh segala ujian dariNYA =>..insyaAllah..