Showing posts with label munakahat. Show all posts
Showing posts with label munakahat. Show all posts
aisya humaira



entri kali ni berkaitan dengan tanggungjawab dan nafkah. tiada maksud lain, sekadar berkongsi dengan sahabat2. sebabnya kebanyakan kita zaman moden ni sudah kurang memberi perhatian soal tanggungjawab, tanggungjawab ni kan amanah Allah. jadi apa hukumnya mengingkari amanah ini? saya ni belajar munakahat sem ni, hehe. jadi masukkan sikit hal-hal berkaitan dalam blog ni. saya agak tertarik dengan tajuk ni, sebabnya kita ni kadang-kadang leka, lalai, suka pandang remeh pada hal yg tak sepatutnya diremehkan. 



gugurnya tanggungjawab memberi nafkah

nafkah yg diwajibkan ke atas seorang suami adalah terikat dengan sejauh manakah isteri memenuhi tanggungjawabnya. tanggungjawab yg dimaksudkan ialah seperti :
  • memberi ketaatan kpd suaminya serta layanan batin yg sempurna
  • tidak keluar dari tempat tinggal yg disediakan oleh suami tanpa izinnya
  • mengadakan suasana rumahtangga yg memberi kerehatan kepada suaminya
  • mendidik anak2 yg merupakan hasil perkongsian hidup mereka dengan baik

jika tanggungjawab tersebut tidak dipenuhi oleh isteri, maka atas dasar apa suami memberikannya nafkah. isteri yg tidak menunaikan tanggungjawab tersebut dihukum sebagai isteri yang derhaka. dalam istilah fuqaha' dia dipanggil sebagai nasyizah. atas penderhakaan itu, dia tidak berhak mendapat nafkah daripada suaminya. di samping pengabaian tanggungjawab di atas, terdapat sebab lain yg menyebabkan isteri tidak berhak mendapat nafkah daripada suaminya. sebab-sebabnya :

  • jika isteri masih kecil yg belum disetubuhi. berdasarkan sunnah Rasulullah SAW yg tidak memberi nafkah kepada Aisyah selama 2 tahun kerana Baginda belum lagi menyetubuhinya.
  • jika isteri dipenjara kerana melakukan jenayah atau kerana tidak membayar hutangnya.
  • jika isteri melakukan maksiat dan tidak melayan suaminya dengan baik
  • jika isteri berpindah daripada rumah kediaman suaminya tanpa sebab-sebab syar'i atau pergi tanpa izin suaminya.
  • jika isteri bekerja atau buka perusahaan tanpa kerelaan suaminya utk dia bekerja di samping dia tidak mempedulikan larangan suaminya.
  • jika isteri berpuasa sunat atau beriktikaf sunat sedangkan suaminya tidak mengizinkannya.
di sini jelas bahawa kewajipan suami memberi nafkah itu terikat dengan tanggungjawab isteri yg ditunaikan sepenuhnya. ia tidaklah merupakan tanggungjawab yg hanya diberatkan ke atas satu pihak sahaja. itulah keadilan dalam pemberian nafkah.


terdapat bebrapa dalil naqli yg berkaitan dengan entri ini. ataranya :

di dalam surah An-Nisa' :34 yg bermaksud :

"kaum lelaki adalah pemimpin dan juga pengawal yg bertanggungjawab terhadap kaum perempuan disebabkan Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dgn beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan dan juga kerana orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka."

hadis Rasulullah SAW, yg menjelaskan tentang hak ini :

"seorang isteri tidak harus berpuasa (bkn puasa bulan Ramadhan) ketika kehadiran suaminya kecuali dengan keizinannya dan dia juga tidak harus membenarkan sesiapa memasuki rumahnya kecuali dengan keizinannya."

"hak suami ke atas isterinya ialah isteri tidak harus meninggalkan hamparan tilam suaminya, menerima pemberiannya dengan baik, mentaati suruhannya, tidak keluar dari rumah kecuali dengan keizinannya dan tidak membawa masuk orang yg dibenci ke dalam rumahnya."

kadang-kadang, perkara-perkara sebegini sering kali dipandang remeh oleh sesetengah isteri, begitu juga wanita yg belum berkahwin. mereka menganggapnya sebagai perkara kecil, tetapi hakikatnya ia adalah sesuatu yg amat perlu utk setiap wanita tahu terutamanya soal larangan bekerja dan juga berpuasa sunat. kenapa terdapat larangan seperti ini? cuba kita fikirkan sebaik-baiknya dan sedalam-dalamnya. Allah tak kan buat sesuatu hukum, larangan, suruhan sesuka hatiNya. pasti ada sebab dan hikmah disebaliknya. 


"Ya Allah...Berikanlah Aku Kekuatan...Pada Mu Jua Aku Berserah..."
aisya humaira
Suatu kisah mengenai ketaatan seorang isteri kepada suaminya.

Pada suatu hari apabila suaminya keluar dari rumah, dia berpesan kepada isterinya supaya tidak keluar meninggalkan rumah mereka. Pada ketika itu, si isteri menerima pesanan dari seorang utusan, bahawa ayahnya sedang sakit tenat. Apabila mengingatkan pesanan suaminya supaya tidak keluar rumah, dia mendapatkan nasihat daripada Rasulullah S.A.W.

Baginda bersabda, "Taati perintah suamimu."

Ditakdirkan Allah S.A.W, ayah perempuan tadi meninggal dunia. Disebabkan pesanan daripada suaminya, dia tidak keluar dari rumahnya. Sekali lagi dia mendapatkan nasihat daripada baginda Rasulullah. 

Baginda bersabda, "Taati suamimu."

Disebabkan ketaatan kepada perintah suaminya, Rasulullah S.A.W. mengkhabarkan kepadanya, segala dosa ayahnya diampunkan oleh Allah S.W.T kerana dia isteri yang taat kepada suaminya.

insyaAllah semoga kita semua dapat menjadi seorang isteri yang solehah suatu hari nanti. ambil kisah dari orang lain sebagai pengajaran untuk kita. saya juga banyak belajar dari pengalaman sahabat2 saya dalam kebanyakan hal utk saya terus berubah. semoga Allah permudahkan utk saya..
aisya humaira

Definisi cemburu menurut kamus adalah ketakutan berpindahnya rasa kasih sayang terhadap orang lain, atau ketidakpercayaan akan kesetiaan orang yang dicintai, seperti suami, isteri atau kekasih. Kecemburuan juga boleh wujud dalam persahabatan atau antara adik-beradik seperti kakak dengan adik kandungnya.


Cemburu dapat dikesan apabila seseorang itu mempunyai perasaan terhadap orang yang dicemburuinya. Oleh itu seringkali kita mendengar orang berkata ‘cemburu tandanya sayang’ yang seolah-olah menggambarkan bahawa cemburu adalah satu standard untuk menilai kasih sayang sesuatu pasangan.

Mungkin ini ada benarnya kerana jika kita tidak sayang pada seseorang mengapa mesti kita merasa cemburu terhadapnya. Sesungguhnya sifat cemburu adalah naluri manusia yang amat sukar untuk dibendung. Lantaran ia adalah disebabkan oleh sikap ‘possesive’ seseorang terhadap pasangannya. Di mana dalam dirinya ada satu pengakuan jelas (tetapi tidak secara langsung) bahawa pasangannya itu hanya untuk dirinya sahaja dan tidak boleh sama sekali diambil atau dikongsi dengan orang lain. Namun begitu sifat terlampau cemburu yang mencapai tahap ‘cemburu buta’ amat tidak digalakkan kerana ia boleh menggugat hubungan sesebuah rumahtangga begitu juga ketiadaan langsung sifat cemburu pula sebenarnya boleh membawa akibat buruk kerana ia boleh menjadi punca pasangan ‘mudah dikebas orang’. Dengan itu terdapat dua jenis cemburu iaitu cemburu yang positif dan cemburu yang negatif.

Bila berbicara tentang cemburu juga, ramai menuding jari mengaitkannya dengan kaum hawa di mana mereka beranggapan bahawa kaum wanita ini sangat kuat cemburunya. Dalam soal ini, sebenarnya sama ada lelaki mahupun wanita masing-masing mempunyai sifat cemburu. Cuma yang membezakannya ialah tahap cemburu tersebut dan sejauh manakah perasaan cemburu itu berjaya dikawal.

Dalam hubungan suami isteri, sifat cemburu wajib dikawal. Jika tidak klimaksnya nanti boleh membawa kepada putusnya sesuatu ikatan perkahwinan itu (bercerai). Dalam hal ini rasa cemburu acapkali membuatkan seseorang berubah menjadi orang yang selalu curiga dan sentiasa berprasangka buruk.

Hakikatnya dia sedar bahawa sikap cemburunya itu kurang menyenangkan pasangannya tetapi dia tidak mampu mengawalnya. Dia merasakan bahawa apa yang dilakukan semuanya betul dan sentiasa ingin tahu apa yang dilakukan oleh pasangannya hatta perkara yang kecil sekalipun sehingga mencetuskan pertengkaran demi pertengkaran yang menggugat kemesraan yang terjalin sebelumnya. Oleh itu untuk menyelamatkan keadaan, seseorang itu apabila dapat melihat tanda-tanda awal cemburu pada pasangannya, hendaklah bertindak segera agar tidak merebak. Ikutilah tips berikut tentang bagaimana untuk mengawal keadaan sekiranya mendapat pasangan yang kuat cemburu.

1. Jika pasangan kita mula menunjukkan rasa cemburu, jangan terbawa-bawa dengan sifatnya itu. Mungkin kita tidak perlu menjawab setiap soalan yang diajukan. Sebaliknya lebih baik berdiam diri sahaja daripada terus menyemarakkan kemarahannya.

2. Anggaplah bahawa dia sebenarnya tidak berniat untuk melukai hati kita. Mungkin ini tidak disedarinya dan jangan ambil hati.

3. Cuba sedaya upaya untuk membina keyakinan diri padanya. Pujilah pasangan atau mintalah nasihatnya bila perlu dan sentiasa luahkan perasaan cinta yang membuktikan bahawa kita menyayanginya. Malah sebaiknya berikanlah dia sokongan yang berterusan agar dia merasa sentiasa disayangi dan dihargai.

4. Jangan membabitkan diri dalam situasi yang boleh membuahkan perasaan cemburu bagi pasangan seperti suka berfoya-foya, berbual-bual mesra atau bergurau senda dengan orang lain.

5. Berbincanglah dengan pasangan tentang perasaannya. Jika kita telah berusaha sedaya upaya tetapi pasangan tetap tidak boleh mengawal rasa cemburunya, kaunseling mungkin jalan terakhir untuk menyelamatkan keadaan.

‘Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri’. Begitulah antara bait-bait lagu yang menceritakan asam garam kehidupan dalam rumahtangga. Cinta dan cemburu adalah seperti isi dengan kuku bagi mana-mana pasangan suami isteri.

Yang penting adalah kesederhanaan. Maksudnya seseorang itu harus mempunyai rasa cemburu terhadap pasangan tetapi mestilah berpada. Jangan sampai pasangan merasa terkongkong dan dikongkong. Sebaliknya jadikanlah rasa cemburu itu sebagai alat untuk dapat memperbaiki sikap atau mengkoreksi diri sendiri terhadap sikap yang selama ini diamalkan. Contohnya, bagi seorang isteri mahupun suami, adakah penampilan atau layanan yang selama ini diberikan memuaskan atau tidak. Adakah berlaku sesuatu kekurangan dalam diri yang sebenarnya mampu kita mengadakannya tetapi tidak kita adakan. Dengan sikap ini, kita akan sentiasa memperbaiki kualiti diri dan sentiasa memberikan layanan yang terbaik untuk pasangan supaya ia tidak terpikat kepada yang lain.

Akhirnya, tidak perlu lagi terjadi perbalahan atau pertengkaran yang hebat antara suami isteri gara-gara sifat cemburu kerana tentu sekali tidak ada pasangan yang rela diperbodohkan atau diambil kesempatan akibat ketiadaan sifat cemburu dalam hatinya yang membuatkan dia tidak peka dengan kehendak sebenar pasangannya. Dengan itu ‘cinta dan cemburu hendaklah diambil ‘sesedap rasa’ sebagai perencah kebahagiaan rumahtangga. Cinta biarlah ikhlas dan cemburu biarlah bertempat. Kata orang, ‘tanpa cemburu rasa cinta terasa hampa’. Ingatlah, sesungguhnya ‘ALLAH SWT Maha Cemburu’. Maksudnya? Ya, bukanlah Allah SWT sangat mencintai kita selaku hamba-hamba-Nya. Cuma kita yang tidak menyedarinya lantaran HATI kita yang telah ‘TERTAWAN DENGAN ‘CINTA YANG LAIN’!


diambil dari : Qurratu A’Yun, Majalah Sinar Rohani, Feb 2005