
entri kali ni berkaitan dengan tanggungjawab dan nafkah. tiada maksud lain, sekadar berkongsi dengan sahabat2. sebabnya kebanyakan kita zaman moden ni sudah kurang memberi perhatian soal tanggungjawab, tanggungjawab ni kan amanah Allah. jadi apa hukumnya mengingkari amanah ini? saya ni belajar munakahat sem ni, hehe. jadi masukkan sikit hal-hal berkaitan dalam blog ni. saya agak tertarik dengan tajuk ni, sebabnya kita ni kadang-kadang leka, lalai, suka pandang remeh pada hal yg tak sepatutnya diremehkan.

gugurnya tanggungjawab memberi nafkah
nafkah yg diwajibkan ke atas seorang suami adalah terikat dengan sejauh manakah isteri memenuhi tanggungjawabnya. tanggungjawab yg dimaksudkan ialah seperti :
- memberi ketaatan kpd suaminya serta layanan batin yg sempurna
- tidak keluar dari tempat tinggal yg disediakan oleh suami tanpa izinnya
- mengadakan suasana rumahtangga yg memberi kerehatan kepada suaminya
- mendidik anak2 yg merupakan hasil perkongsian hidup mereka dengan baik
jika tanggungjawab tersebut tidak dipenuhi oleh isteri, maka atas dasar apa suami memberikannya nafkah. isteri yg tidak menunaikan tanggungjawab tersebut dihukum sebagai isteri yang derhaka. dalam istilah fuqaha' dia dipanggil sebagai nasyizah. atas penderhakaan itu, dia tidak berhak mendapat nafkah daripada suaminya. di samping pengabaian tanggungjawab di atas, terdapat sebab lain yg menyebabkan isteri tidak berhak mendapat nafkah daripada suaminya. sebab-sebabnya :
- jika isteri masih kecil yg belum disetubuhi. berdasarkan sunnah Rasulullah SAW yg tidak memberi nafkah kepada Aisyah selama 2 tahun kerana Baginda belum lagi menyetubuhinya.
- jika isteri dipenjara kerana melakukan jenayah atau kerana tidak membayar hutangnya.
- jika isteri melakukan maksiat dan tidak melayan suaminya dengan baik
- jika isteri berpindah daripada rumah kediaman suaminya tanpa sebab-sebab syar'i atau pergi tanpa izin suaminya.
- jika isteri bekerja atau buka perusahaan tanpa kerelaan suaminya utk dia bekerja di samping dia tidak mempedulikan larangan suaminya.
- jika isteri berpuasa sunat atau beriktikaf sunat sedangkan suaminya tidak mengizinkannya.
di sini jelas bahawa kewajipan suami memberi nafkah itu terikat dengan tanggungjawab isteri yg ditunaikan sepenuhnya. ia tidaklah merupakan tanggungjawab yg hanya diberatkan ke atas satu pihak sahaja. itulah keadilan dalam pemberian nafkah.

terdapat bebrapa dalil naqli yg berkaitan dengan entri ini. ataranya :
di dalam surah An-Nisa' :34 yg bermaksud :
"kaum lelaki adalah pemimpin dan juga pengawal yg bertanggungjawab terhadap kaum perempuan disebabkan Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dgn beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan dan juga kerana orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka."
hadis Rasulullah SAW, yg menjelaskan tentang hak ini :
"seorang isteri tidak harus berpuasa (bkn puasa bulan Ramadhan) ketika kehadiran suaminya kecuali dengan keizinannya dan dia juga tidak harus membenarkan sesiapa memasuki rumahnya kecuali dengan keizinannya."
"hak suami ke atas isterinya ialah isteri tidak harus meninggalkan hamparan tilam suaminya, menerima pemberiannya dengan baik, mentaati suruhannya, tidak keluar dari rumah kecuali dengan keizinannya dan tidak membawa masuk orang yg dibenci ke dalam rumahnya."
kadang-kadang, perkara-perkara sebegini sering kali dipandang remeh oleh sesetengah isteri, begitu juga wanita yg belum berkahwin. mereka menganggapnya sebagai perkara kecil, tetapi hakikatnya ia adalah sesuatu yg amat perlu utk setiap wanita tahu terutamanya soal larangan bekerja dan juga berpuasa sunat. kenapa terdapat larangan seperti ini? cuba kita fikirkan sebaik-baiknya dan sedalam-dalamnya. Allah tak kan buat sesuatu hukum, larangan, suruhan sesuka hatiNya. pasti ada sebab dan hikmah disebaliknya.
"Ya Allah...Berikanlah Aku Kekuatan...Pada Mu Jua Aku Berserah..."


entri ni khas buat cikmot..dia bersungguh2 nak saya tulis dlm blog..
:p
weiiiiii... ish budak ni..
hm...
:p
saja nk bg keje kat motmot supya x de la asik nk kacau2 cikmot..
good job.. hehe
suka la tu org tujukan khas article kali ni buat cikmot..
:p
hahaha
=p