aisya humaira
Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang cikgu falsafah dan pelajarnya...

pelajar : cikgu, apakah erti cinta..? bagaimanakah saya boleh mendapatkannya...?

cikgu : ada sebuah ladang gandum yang luas di depan sana, berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. kemudian ambillah satu ranting. sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta.

pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.

cikgu bertanya : mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun...?

pelajar menjawab : saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur ke belakang semula. sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu, lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.

cikgunya menjawab : ye, itu lah cinta...

di hari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada cikgunya, apa itu perkahwinan...?

cikgu : ada hutan yang subur di depan sana. berjalanlah kamu. tapi janganlah kamu sesekali mengundur ke belakang. tebanglah sepohon pokok saja. dan tebang lah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik, segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.

pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan cikgu tersebut.

maka cikgunya pun bertanya : mengapa kamu memotong pohon seperti ini....?

pelajar itu menjawab : sebab, berdasarkan pengalaman saya sebelum ini, saya hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan saya takut akan kembali dengan tangan kosong. jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa kesini. pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya...

maka cikgu itu menjawab : itulah perkahwinan.......

perkahwinan abang dan kakak saya

Usahlah terlalu memilih cinta, ditakuti anda akan terlepasnya, dan janganlah terlalu memilih jodoh, terimalah pasangan anda dengan seadanya. Tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini. Setiap insan pasti ada kelebihan dan kekurangannya .

dan ingatlah setiap di antara kita telah ditetapkan olehNya jodoh. lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. yakinlah dengan janji-janji Allah ini..

Wallahu'alam


0 Responses

Post a Comment